Hari yang biasa? atau luar biasa?
Apalah hari ini, awal awal lagi dah ku tunggu kat pintu besar rumah, tapi kereta yang akan ku naiki lama-lama tidak datang. Sial betul la, setiap kali menyusahkan ku saja. Aih, sampai pulak akhirnya ke kelas komputer itu, tampaknya ku tak tertinggal banyak sangat informasi yang diberikan lekturer tu lah. Ahh, nasib baik kali ini, tapi, tak bolehlah situasi begini berlanjut-lanjutan, tiap-tiap hari lambat, bukan stail akulah......
Aih, hari pertama mula uni, bagi aku, ada tu rasa FRESH la. Walaupun kelas mekanik tu bosan-bosan dengan pengucapan atau penyampaian lekturer yang tidak berapa menarik, tapi aku cuba sedaya upaya mahu memahami apa yang diajarnya. Tidak dapat ku pahami semuanya tapi telah ku sendiri baca dan menyerapkan sedikit sebanyak konsep-konsep penting. Kelas tamat, gang aku seperti biasa naik ke lab mekanikal menyiapkan kuiz-kuiz matematik, kuiz kali ni tidak sesusah kuiz sebelumnya. Berupaya juga ku dapatkan markah 98.2%.
Ahh, petang ni ada peperiksaan matematik, lebih kepada struktur bermacam kuiz la, tapi nasib ku kurang baik, dah ku buat salah pada bahagian pertama soalan terakhir, sial, tak ku teringat cara sepatutnya untuk atasi soalan itu. Besok ada peperiksaan untuk kelas mekanik, aku telah baca nota 2A, 2B sehingga separuh aje, yang selebihnya akan ku tangani keesokan harinya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home